Ada sesetengah orang memanggil unit amanah.
Ada juga yang memanggil amanah saham. Saham amanah.
Bahasa Inggerisnya di Malaysia kita panggil unit trust. Kalau orang Amerika, diorang sebut mutual fund.
Apa yang penting untuk kita faham adalah unit trust ini adalah satu produk pelaburan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurus dana, yang mengutip duit orang ramai (pelabur) supaya syarikat dapat melaburkannya duit tersebut bagi pihak pelabur, menerusi ikatan amanah.
Ke Mana Duit Pelabur Dilaburkan?
Majoriti dana unit trust melabur dalam tiga instrumen kewangan utama:
- Ekuiti
- Bon / sukuk
- Money market
Jadi ada produk unit trust yang fokus utamanya adalah ekuiti. Ada juga yang fokus kepada bon / sukuk. Ada juga yang fokus kepada money market. Tidak ketinggalan, yang melabur 50:50.
Ini bermakna, apabila kita kita beli unit trust yang berasaskan ekuiti, kita melabur dalam pasaran saham. Cuma yang tolong beli bagi pihak kita adalah fund manager yang bekerja di bawah fund management company.
Pelabur -> bagi duit kepada unit trust company -> fund manager beli saham
Macam Mana Pelabur Untung?
1. Situasi apabila saham yang fund manager beli ada bagi dividen, maka kita pun selalunya dapat juga melalui distribution.
2. Situasi apabila saham yang fund manager beli dah untung dari sudut harga, maka mereka pun jual. Untung tersebut syarikat salurkan melalui distribution.
3. Harga unit trust kita beli naik, kita kira-kira dah dapat untung. Tak perlu tunggu distribution. Kita dapat terus jual.
Nak Beli Macam Mana?
- Boleh beri secara online
- Beli melalui ejen
Di Malaysia, kebanyakan unit trust di beli melaui akaun 1,KWSP atau melalui tunai.
Bagaimanakah menentukan jenis dana yang sesuai untuk saya?
Faktor yang perlu diambil kira ;
1. Apakah objektif atau matlamat pelaburan anda
Beberapa matlamat biasa termasuk simpanan untuk pendidikan
anak-anak, mengekalkan modal dan perolehan pendapatan buat masa kini.
2.Berapa lamakan anda bercadang untuk melabur?
Pada amnya, semakin lama tempoh pelaburan, semakin cerah
peluang anda mendapat pulangan yang lebih baik.
3.Apakah jenis pulangan yang anda harapkan?
Melalui pengagihan pendapatan atau melalui kenaikan nilai
modal.
4.Berapa tinggikah risiko yang sanggup anda terima ?
Lebih tinggi risiko lebih tinggi pulangan.

No comments:
Post a Comment